BUAT MU IBU
Ibu..Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian..
Biarpu kepahitan telah engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
Mengasuh mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa..
*Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat kubalasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu..
Ibu..kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana disitu letaknya syurgaku..
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita dikala aku gelapan
Menyuluh jalan kehidupan..
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan..
Ibu..Kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restu yang amat aku harapkan
Kerana disitu letaknya syurgaku..
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajar ku erti kesabaran
Kau bagai pelita dikala aku gelapan
Menyuluh jalan kehidupan..
Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana..
